XPLORASI TENGAS

xplorasi tengas

Kempen XPLORASI TENGAS ini dijalankan untuk memberi tumpuan kepada projek untuk pengembangan misi yang terbahagi kepada 5 bahagian :

XPLORASI TENGAS

1. AKTIVITI KOMUNITI

Aktiviti bersama komuniti adalah perlu agar penyampaian maklumat dapat dilakukan secara tepat. Salah satunya adalah dengan mengadakan satu perjumpaan komuniti yang mengandungi aktiviti² yang berfaedah. Tujuan program ini selain daripada menyampaikan maklumat, ianya juga bagi memupuk kesedaran dikalangan masyarakat terutamanya generasi muda mengenai kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan Ikan Tengas yang semakin dilanda kepupusan. Program perjumpaan komuniti yang pertama ini, kami akan namakan sebagai :

KARNIVAL LEMBAH TENGAS 2020

Klik diatas untuk maklumat penuh mengenai Karnival Lembah Tengas

2. MENGENAL PASTI SITUASI SEMASA

Bagi mengetahui situasi semasa ikan Tengas yang berada disungai-sungai tumpuan. Daripada masa ke semasa pihak persatuan telah mengadakan satu aktiviti peninjauan keberadaan, habitat dan juga mengambil sampel-sampel ikan Tengas yang berada dikawasan tersebut untuk diukur, ditimbang kemudiannya dilepaskan semula.

SAMPLING IKAN TENGAS

Klik diatas untuk maklumat mengenai aktiviti Sampling Ikan Tengas

3. PEMBIAKAN SEMULA SPESIES

Ikan Tengas juga seperti spesies ikan-ikan air tawar yang lain. Spesies ini perlu dikembang biak semula di satu kawasan yang tidak terganggu oleh pencemaran alam dan juga gangguan manusia untuk pembesaran semula secara semulajadi. Untuk merealisasikan rencana tersebut, pihak persatuan bercadang untuk untuk menubuhkan sebuah pusat konservasi yang diberi nama ;

SANTUARI LEMBAH TENGAS

Klik diatas untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Sampling Ikan Tengas

4. KEMPEN KESEDARAN

Salah satu kempen di jalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peralatan menangkap ikan yang dilarang, dimana efek daripada peralatan tersebut akan menyebabkan kemusnahan spesies ikan secara besar-besaran sekaligus ianya turut menjejaskan ekosistem sungai serta memutuskan punca rezeki penduduk setempat khususnya nelayan darat yang mencari pendapatan menerusi hasil daripada sungai. Kempen ini dijalankan dengan :

PEMASANGAN PAPAN TANDA KEMPEN DI KAWASAN SUNGAI

Klik link diatas untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Kempen Kesedaran ini

5. PUSAT INFORMASI LEMBAH TENGAS

Bagi menyampaikan maklumat mengenai spesies Ikan Tengas, pihak persatuan akan mewujudkan Pusat Informasi ditempat tumpuan ramai khususnya dikawasan pelancongan dan tempat tumpuan perkelahan. Satu papan tanda bercorak infografik yang mengandungi maklumat Ikan Tengas akan dipasang dikawasan berkenaan.

Klik link diatas untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Pusat Informasi ini


RENCANA & ARTIKEL

Kami juga ada menyediakan beberapa rencana & artikel yang berkaitan dengan isu Ikan Tengas & juga ekosistem sungai. Sekiranya anda berminat, boleh mengikutinya melalui link dibawah.


SOKONGAN

Bagi menjayakan kempen, program & aktiviti yang kami aturkan, pastinya penglibatan serta sokongan daripada masyarakat awam, pihak kerajaan, swasta serta NGO amatlah diperlukan. Gerak kerja yang lebih komprehensif menjadi keutamaan pihak Persatuan. Penglibatan semua pihak bukan sahaja membantu memulihkan populasi Ikan Tengas, malah turut memulihkan ekosistem sungai yang umum ketahui amatlah penting bagi kehidupan kita semua.


SUMBANGAN

Anda juga boleh menyatakan sokongan anda kepada setiap kempen, program & aktiviti kami dengan memberikan sumbangan seberapa amaun yang anda ikhlas. Setiap nama penyumbang akan kami masukkan kedalam page dan sumbangan melebihi RM 100 (Terkumpul Tahunan) akan menerima cenderamata daripada pihak kami.