
Kempen “Xplorasi Sungai” adalah sebuah program yang dirangka untuk memelihara dan memulihara habitat semulajadi spesis Ikan Tengas yang merupakan antara spesis ikan air tawar yang semakin terancam di Malaysia.
XPLORASI SUNGAI
Kempen ini di jalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pelan pemuliharaan semula sungai-sungai agar ianya terus menjadi habitat yang sesuai untuk pelepasan anak-anak Ikan Tengas. Habitat ini kemudiannya akan di jadikan sebagai satu tapak konservansi.
Berdasarkan dapatan daripada kajian, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ancaman kepada populasi Ikan Tengas akan menyebabkan kesan negatif kepada ekosistem sungai. Memburukkan lagi keadaan, terdapat segelintir pihak yang mengancam kelestarian sungai dengan menggunakan barangan menangkap ikan yang dilarang dan melakukan pencemaran sungai. Akibatnya, bukan sahaja alam sekitar terjejas, malah masyarakat juga akan menerima impak yang buruk.
XPLORASI SUNGAI
Justeru, menjadi tanggungjawab pihak Persatuan Ikan Tengas Malaysia untuk menggerakkan kempen “Xplorasi Sungai” bagi mengajak masyarakat yang terdiri daripada pihak kerajaan, swasta, NGO, dan orang ramai bagi membangkitkan kesedaran berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan Ikan Tengas di habitat semulajadinya, iaitu sungai-sungai berjeram seluruh Malaysia. Gerak kerja yang lebih komprehensif menjadi keutamaan pihak Persatuan, iaitu bukan sahaja membantu memulihkan populasi Ikan Tengas, malah turut mencegah penggunaan memancing yang dilarang dan pembersihan sungai yang menjadi habitat semulajadi Ikan Tengas.
Adalah menjadi harapan bagi pihak Persatuan bahawa sokongan daripada ramai pihak untuk menjayakan program ini dapat menyelamatkan alam sekitar daripada kemusnahan.
OBJEKTIF PROGRAM
Ikan Tengas merupakan salah satu ikan air tawar yang terdapat di seluruh Malaysia. Habitat utama Ikan Tengas adalah di kawasan sungai-sungai yang berjeram. Akibat daripada beberapa faktor, populasi Ikan Tengas pada masa kini mengalami ancaman kepupusan akibat daripada aktiviti penggunaan peralatan menangkap ikan yang terlarang seperti bom ikan, tuba, racun dan renjatan elektrik. Sekiranya perkara ini tidak dibendung ekosistem sungai akan musnah dan Ikan Tengas juga akan turut pupus. Justeru, atas sikap tanggungjawab untuk menyelamatkan, memelihara, melindungi habitat Ikan Tengas iaitu sungai daripada terus merosot, pihak Persatuan Ikan Tengas Malaysia akan melancarkan Kempen “Xplorasi Sungai” pada awal Februari 2020 dengan objektif utama untuk :
KEPERLUAN PROGRAM
Sungai memainkan peranan penting sebagai kawasan tadahan hujan malah menjadi nadi kehidupan kerana air yang bersih adalah keperluan kehidupan yang utama. Di samping itu, sungai juga berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. Pembangunan pesat dan pencemaran sungai yang berlaku pada masa kini telah menimbulkan masalah kepada rakyat seperti banjir, kekurangan sumber air dan yang lebih teruk lagi ialah kemusnahan kepada alam sekitar iaitu flora dan fauna. Spesis Ikan Tengas yang penting untuk menjaga ekosistem sungai kian terancam. Oleh itu, satu pelan pengurusan sungai yang komprehensif dan lengkap adalah diperlukan untuk memastikan keseimbangan pembangunan persekitaran dan kawasan tadahannya.
LATAR BELAKANG KEMPEN
Kempen “Xplorasi Sungai” telah melalui beberapa fasa sebelum ini. Hasil penerimaan oleh masyarakat setempat dan potensi impak yang dijana, pihak Persatuan berpendapat bahawa kempen ini boleh diperluas termasuk melibatkan lebih banyak pihak bagi memperluaskan impak positif yang boleh dihasilkan daripada kempen ini. Sudah terdapat dua (2) fasa bagi kempen “Explorasi Sungai”. Latar belakang bagi setiap fasa adalah seperti di bawah.
KRITERIA KEMPEN
Pada penghujung tahun 2018, pihak persatuan dan ahli jawatankuasa telah melaksanakan dua (2) aktiviti utama iaitu :
Pemerhatian sungai dilakukan untuk melihat keadaan sungai dan populasi ikan Tengas semasa. Expedisi sungai pula adalah aktiviti yang seterusnya untuk meninjau keadaan sungai bersama penduduk setempat bagi meraih pandangan mereka.
PENINJAUAN SIRI PERTAMA
Bagi memastikan kempen ini berjalan lancar, tapak sungai yang dipilih mestilah bersih dan bersesuaian dengan keadaan sekeliling tapak tersebut. Sungai yang dipilih ini, selain dijadikan sebagai tapak pelepasan anak-anak ikan Tengas bagi pemulihan semula habitat, ianya juga akan dijadikan tapak penyelidikan, pemantauan dan pemerhatian bagi pembesaran spesies ikan Tengas. Peninjauan pertama telah diadakan di kawasan Sungai Bubu & Lata Telaga Tujuh Batu Kurau.
Ikuti kisahnya selanjutnya disini…
PENINJAUAN SIRI KEDUA
Hasil daripada peninjauan pertama, pihak kami telah diperkenalkan dengan Ketua Kampung Air Hitam Batu Kurau iaitu Encik Zairul Nizal Zakaria dan setelah menceritakan mengenai program ini, beliau telah mencadangkan satu tapak yang dirasakan sesuai bagi tujuan Xplorasi.
Pada 18hb November 2018, kami bertemu semula dengan Saudara Zairul Nizal dan beliau telah membawa kami pergi membuat tinjauan di Sungai Larah, Kampung Air Hitam Batu Kurau Perak yang berada dibawah seliaan beliau.
Ikuti kisah selanjutnya disini…
RENCANA & ARTIKEL
Kami juga ada menyediakan beberapa rencana & artikel yang berkaitan dengan isu Ikan Tengas & juga ekosistem sungai. Sekiranya anda berminat, boleh mengikutinya melalui link dibawah.
SOKONGAN
Bagi menjayakan kempen, program & aktiviti yang kami aturkan, pastinya penglibatan serta sokongan daripada masyarakat awam, pihak kerajaan, swasta serta NGO amatlah diperlukan. Gerak kerja yang lebih komprehensif menjadi keutamaan pihak Persatuan. Penglibatan semua pihak bukan sahaja membantu memulihkan populasi Ikan Tengas, malah turut memulihkan ekosistem sungai yang umum ketahui amatlah penting bagi kehidupan kita semua.
SUMBANGAN
Anda juga boleh menyatakan sokongan anda kepada setiap kempen, program & aktiviti kami dengan memberikan sumbangan seberapa amaun yang anda ikhlas. Setiap nama penyumbang akan kami masukkan kedalam page dan sumbangan melebihi RM 100 (Terkumpul Tahunan) akan menerima cenderamata daripada pihak kami.