XPLORASI SUNGAI LARAH

XPLORASI SUNGAI LARAH

Kempen “Xplorasi Sungai Larah” ini dijalankan bagi pemulihan semula Sungai Larah daripada sekatan aliran dan bagi pemulihan semula habitat ikan Tengas dikawasan tersebut. Sungai Larah ini merupakan sebuah sungai yang berada di mukim Kampung Air Hitam Batu Kurau Perak. Hasil daripada peninjauan pertama kami dahulu disekitar kawasan Sungai Bubu & lata Telaga Tujuh, pihak kami telah diperkenalkan dengan Ketua Kampung Air Hitam Batu Kurau iaitu Encik Zairul Nizal Zakaria. Setelah menceritakan mengenai maksud dan tujuan program ini, beliau telah mencadangkan kepada kami satu tapak yang dirasakan sesuai bagi tujuan Xplorasi.

PENINJAUAN SIRI KEDUA

air terjun sungai larah air hitam batu kurau perak
air terjun sungai larah air hitam batu kurau perak

Pada 18hb November 2018, kami bertemu sekali lagi dengan Saudara Zairul Nizal dan beliau telah membawa kami pergi membuat tinjauan di Sungai Larah, Kampung Air Hitam Batu Kurau Perak yang berada dibawah seliaan beliau.

Keadaan Air Terjun Sungai Larah pada 18 Nov 2018

Keadaan Air Terjun Sungai Larah pada 18 Nov 2018

Pada permulaan explorasi, kami dapati Sungai Larah adalah indah dan mempunyai potensi sebagai kawasan rekreasi dan sosial orang ramai. Namun, semakin dalam explorasi sungai ini menghampiri kawasan jeram, pemandangan jadi semakin menyedihkan. Laluan denai yang kotor kerana sampah sarap, malah pandangan kami tertumpu pada satu kawasan air terjun yang sesuai dijadikan tapak konsevansi.

Keadaan Air Terjun Sungai Larah pada 18 Nov 2018

Keadaan air terjun tersebut telah menjadi semakin cetek akibat ditimbus pasir kerana sekatan aliran oleh kayu-kayu yang hanyut. Ada sebatang kayu balak sebesar dua pemeluk melintangi sepanjang sungai tersebut dan menyebabkan kayu-kayu yang hanyut daripada kawasan hulu tersangkut di aliran tersebut.

Keadaan Air Terjun Sungai Larah pada 18 Nov 2018

Dari hasil perbincangan kami dengan Saudara Zairul Nizal, sekiranya tempat ini dibersihkan, aliran sungai tersebut akan menjadi lancar semula. Kawasan tersebut dianggarkan boleh menampung sejumlah dua hingga tiga ribu ekor ikan Tengas dewasa.

PENINJAUAN SIRI KETIGA

Keadaan Air Terjun Sungai Larah pada 15 Dec 2019

Keadaan Air Terjun Sungai Larah pada 15 Dec 2019

Kini setelah setahun, kami telah kembali ke tempat ini lagi bagi meninjau semula keadaan Air Terjun tersebut. Ternyata keadaan tersebut sangat mengejutkan kami. Boleh dikatakan hampir semua kawasan air terjun yang dahulunya merupakan lubuk Ikan Tengas kini semakin cetek akibat ditimbus oleh pasir yang tersekat.

TINDAKAN

Sungai Larah ini akan dibersihkan daripada sampah kayu-kayan yang menyebabkan sekatan aliran dan pasir yang menimbusnya. Sungai tersebut akan dikorek dan didalamkan semula untuk tujuan pelepasan anak-anak ikan Tengas. Adalah dianggarkan seribu ekor anak ikan Tengas akan dilepaskan di kawasan ini bagi pemulihan semula habitat ikan Tengas di kawasan tersebut.

KEMPEN XPLORASI SUNGAI

SELAMATKAN SUNGAI LARAH

kempen xplorasi sungai

SAYA MAHU TURUT SERTA

Persatuan akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik sebagai kempen kesedaran terhadap masyarakat berkaitan kepentingan memulihara spesis ikan tengas dan menjaga kebersihan sungai. Jangan ketinggalan, daftarlah sekarang sebagai ahli SKUAD TENGAS untuk turut serta dan mendapat manfaat daripada program ini!

Bagi melaksanakan Kempen Xplorasi Sungai kami memerlukan bantuan daripada anda semua. Justeru jika anda adalah terdiri daripada pencinta alam, pemancing, aktivitis & sukarelawan.., kini anda boleh menyumbang kepada kelancaran program ini dengan menjadi salah seorang ahli Skuad Tengas. Semua kutipan yuran ahli akan disalurkan kepada program “Xplorasi Tengas” ini.


RENCANA & ARTIKEL

Kami juga ada menyediakan beberapa rencana & artikel yang berkaitan dengan isu Ikan Tengas & juga ekosistem sungai. Sekiranya anda berminat, boleh mengikutinya melalui link dibawah.