SUMBANGAN DAN PENAJAAN

SUMBANGAN DAN PENAJAAN

Sumbangan dan Penajaan daripada orang awam serta syarikat korporat amat dialu-alukan bagi membantu pihak persatuan dalam usaha untuk melaksanakan misi-misi kempen, program serta aktiviti yang telah kami aturkan.
Melalui Sumbangan dan Penajaan ini, segala perancangan serta aktviti komuniti ini akan berjalan dengan lancar dan lebih baik untuk perkembangan misi-misi utama persatuan.


SUMBANGAN AWAM & PENAJAAN KORPORAT

SUMBANGAN AWAM

Bagi invidu-individu yang berminat untuk membuat sumbangan awam, anda menyumbang seberapa amaun yang anda ikhlas melalui link dibawah ini. Sumbangan terkumpul tahunan melebihi RM 100 akan menerima cenderahati daripada pihak kami.

Anda juga boleh menyumbang dengan menjadi ahli rasmi serendah RM 50 untuk setahun. Ada lagi satu pilihan, sekiranya anda hendak memiliki baju tee rasmi persatuan, kadar yuran penyertaan ahli adalah RM 80. Anda boleh melihat kesemua faedah yang bakal anda perolehi sebagai seorang ahli rasmi persatuan di link bawah ini.

DAFTARKAN SAYA SEBAGAI AHLI SKUAD TENGAS


PENAJAAN KORPORAT

Pihak persatuan juga sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat korporat yang berminat untuk mengambil bahagian didalam program-program bersifat pemuliharaan alam. Kami mempunyai method terbaik dalam menaikkan nama syarikat korporat di mata masyarakat melalui modul penajaan korporat kami.

HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT


KEMPEN-KEMPEN TERKINI

KEMPEN XPLORASI TENGAS

Xplorasi Tengas adalah satu kempen yang di jalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peralatan menangkap ikan yang dilarang, dimana efek daripada peralatan tersebut akan menyebabkan kemusnahan spesies ikan secara besar-besaran sekaligus ianya turut menjejaskan ekosistem sungai serta memutuskan punca rezeki penduduk kampung, khususnya nelayan darat yang mencari pendapatan menerusi hasil daripada sungai.

Kempen ini dijalankan dengan :

  • Pemasangan Papan-Papan Tanda Kesedaran Di Sungai-Sungai Terpilih.
  • Pembelian Anak Benih Ikan Tengas dan Dilepaskan Semula ke Habitat Baru.

KEMPEN XPLORASI SUNGAI

Kempen ini di jalankan dengan pemulihan sungai yang bermasaalah bagi tujuan menjadikannya semula sebagai habitat yang sesuai untuk pembesaran/pelepasan anak-anak ikan Tengas. Dimasa yang sama ianya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan ekosistem sungai sebagai sebahagian daripada kehidupan manusia. Sungai ini kemudiannya akan di jadikan sebagai satu tapak konservansi habitat Ikan Tengas.


BAGAIMANA SAYA HENDAK MEMBUAT SUMBANGAN ?

Sumbangan dan Penajaan untuk kempen-kempen kami boleh dibuat dalam pelbagai cara. Anda boleh memilih kaedah yang bersesuaian dibawah ini.

sumbangan dan penajaan

Sumbangan Awam boleh dibuat melalui:

  • Mesin Automated Teller Machine (ATM);
  • Mesin Deposit Cek (Cheque Deposit Machine)
  • Tunai/Cek/Bank Draf melalui kaunter;
  • Pindahan wang tunai secara atas talian;
  • Pindahan wang tunai melalui Interbank Giro;
  • Pembayaran Online FPX
  • Secara Pos atau hadir Sendiri ke Ibupejabat Persatuan Ikan Tengas

Kirimkan sumbangan anda menggunakan cek ke Ibupejabat Persatuan Ikan Tengas Malaysia secara pos (sertakan bersama sampul surat dan setem beralamat sendiri) ke:

PERSATUAN IKAN TENGAS MALAYSIA
Unit C-5-16, Park Avenue, Jalan PJU 10/1,
Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun bank berikut:

  • No. Akaun : 564397124697
  • Nama Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
  • Nama penerima : Persatuan Ikan Tengas Malaysia

Resit rasmi penerimaan sumbangan akan dikeluarkan oleh Ibupejabat dan akan dihantar melalui email.


Penajaan rasmi daripada syarikat-syarikat korporat yang menyumbang dana bagi melestarikan aktiviti kempen kami.

Sumbangan daripada individu / orang perseorangan bagi setiap tabung kempen dan juga jumlah kutipan semasa yang diperolehi.


PERTANYAAN

Sumbangan dan Penajaan ini amat bermakna untuk kami bagi merelisasikan misi-misi yang telah kami aturkan. Kesemua program yang kami rangka adalah bersifat komuniti setempat dan juga dikalangan ahli-ahli persatuan. Terima Kasih diatas usaha anda bagi menyokong persatuan kami.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan admin samaada melalui email, panggilan telefon ataupun aplikasi Whatsapp.

email persatuan ikan tengas malaysia di mytengas@gmail.com

mytengas@gmail.com

panggilan telefon 012-5151486

012-5151486

whatsapp 012-5151486

Whatsapp