STRUKTUR ORGANISASI

persatuan ikan tengas malaysia

PERSATUAN IKAN TENGAS MALAYSIA

( MALAYSIA COPPER MAHSEER ASSOCIATION )

Ditubuhkan sejak 15 April 2019, Persatuan Ikan Tengas Malaysia adalah satu inisiatif untuk mengumpulkan seramai mungkin individu dan organisasi yang prihatin terhadap penjagaan alam sekitar, khususnya sungai yang menjadi habitat semulajadi Ikan Tengas.

Hasil daripada kajian dan juga pemerhatian, pihak Persatuan mendapati bahawa perlunya satu kempen kesedaran yang komprehensif dalam kalangan masyarakat. Kempen ini termasuklah program yang dapat mendidik masyarakat berkaitan spesis Ikan Tengas dan penjagaan habitat semulajadinya iaitu sungai yang berjeram. Selain itu, langkah mencegah pengunaan alatan memancing yang dilarang yang boleh merosakkan alam sekitar dan mengancam spesis Ikan Tengas juga menjadi prioriti pihak Persatuan.

Hasilnya, sejak daripada penubuhan Persatuan, pelbagai program telah dirangka dan menghasilkan impak positif kepada alam sekitar dan penerimaan oleh masyarakat. Pihak Persatuan terus komited untuk melaksanakan lebih banyak program yang mampu mengajak lebih ramai pihak bagi turut serta dalam langkah yang murni ini.

PERSATUAN IKAN TENGAS MALAYSIA

ANGGOTA BIRO SESSI 2019-2021

presiden persatuan ikan tengas malaysia mohd fairuz bin mohd saari

PRESIDEN

Mohd Fairuz Mohd Saari

NAIB PRESIDEN

Yaakob Haji Harun

SETIAUSAHA

Dzul Irham

BENDAHARI

Nur Anis Ramli

ANGGOTA BIRO SESSI 2019-2021

PENOLONG SETIAUSAHA

Nur Athirah Mustapa

PENOLONG BENDAHARI

Mazita Hashim

BIRO LATIHAN & PROGRAM

Mohd Najib Mohd Amin

BIRO PERHUBUNGAN KOMUNIKASI KORPORAT

Mohd Yazli Abu Bakar

PENOLONG BIRO PERHUBUNGAN KOMUNIKASI KORPORAT

Zaimie Azmin Zainul Abidin

BIRO TEKNIKAL

Al’ Hafiz Abdul Khail

BIRO KEAHLIAN

Hasanul Amir Abdul Halim

PENOLONG BIRO KEAHLIAN

Mohd Kasman Tahip

BIRO PENAJAAN AWAM

Natasha Rosli

BIRO PENAJAAN KORPORAT

Jefri Mastaman

PENOLONG 1 BIRO PENAJAAN KORPORAT

Wan Rizwan

PENOLONG 2 BIRO PENAJAAN KORPORAT

Saiful Azli Zakaria


PERSATUAN IKAN TENGAS MALAYSIA

MISI & VISI PERTUBUHAN

Misi & Visi pertubuhan ini adalah untuk melaksanakan program-program pemuliharaan dan perlindungan habitat semulajadi spesies ikan tengas agar ianya tidak mengalami ancaman kepupusan berpunca daripada kerosakan ekosistem. Matlamat utama kami bertujuan untuk mengekalkan kelestarian alam semulajadi demi generasi masa hadapan.

Baca selanjutnya disini…


RENCANA & ARTIKEL

Kami juga ada menyediakan beberapa rencana & artikel yang berkaitan dengan isu Ikan Tengas & juga ekosistem sungai. Sekiranya anda berminat, boleh mengikutinya melalui link dibawah.


INGIN TURUT SERTA

Bagi menjayakan kempen, program & aktiviti yang kami aturkan, pastinya penglibatan serta sokongan daripada masyarakat awam, pihak kerajaan, swasta serta NGO amatlah diperlukan. Gerak kerja yang lebih komprehensif menjadi keutamaan pihak Persatuan, penglibatan semua pihak bukan sahaja membantu memulihkan populasi Ikan Tengas, malah turut memulihkan ekosistem sungai yang umum ketahui amatlah penting bagi kehidupan kita semua.


SOKONGAN

Anda juga boleh menyatakan sokongan anda kepada setiap kempen, program & aktiviti kami dengan memberikan sumbangan seberapa amaun yang anda ikhlas. Setiap nama penyumbang akan kami masukkan kedalam page dan sumbangan melebihi RM 100 (Terkumpul Tahunan) akan menerima cenderamata daripada pihak kami.

Setiap nama penyumbang akan kami masukkan kedalam page dan sumbangan melebihi RM 100 (Terkumpul Tahunan) akan menerima cenderamata daripada pihak kami.