STATUS GLOBAL

STATUS GLOBAL IKAN TENGAS

Berdasarkan daripada laporan IUCN, status global spesies Ikan Tengas adalah dinilai pada tahap NT (Near Threatened) / Hampir Terancam pada laporan bertarikh 9 Oktober 2009. Beberapa faktor telah dikenal pasti antara penyumbang utama kepada ancaman tersebut. Dibawah ini adalah maklumat lanjut mengenai maklumat yang diterima.

KESATUAN ANTARABANGSA UNTUK PEMULIHARAAN ALAM DAN SUMBER ASLI (IUCN)

Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli  ( IUCN : International Union for Conservation of Nature and Natural Resources ) adalah satu kesatuan yang unik terdiri daripada organisasi pemerintah dan masyarakat awam. Ia menyediakan organisasi awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dengan pengetahuan dan alat yang membolehkan kemajuan manusia, pembangunan ekonomi dan pemuliharaan alam semula boleh berlaku secara bersama-sama.

IUCN asalnya diasaskan pada Oktober 1948 sebagai  Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Alam  ( IUPN : International Union for the Protection of Nature ) berikutan persidangan antarabangsa di Fontainebleau, Perancis.

Organisasi ini menukar namanya kepada  Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli  pada tahun 1956 dengan akronim IUCN (atau UICN dalam bahasa Perancis dan Sepanyol). Ini kekal sebagai nama sah mereka sehingga hari ini.

Kini IUCN telah berkembang menjadi rangkaian alam sekitar terbesar dan paling pelbagai di dunia. Ia memanfaatkan pengalaman, sumber dan jangkaan terdapat 1300 organisasi didalamnya dan mempunyai kira-kira 15,000 orang pakar. IUCN adalah pihak berkuasa global mengenai status alam semulajadi dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengawalnya.

struktur senarai status merah antarabangsa ikan tengas

SENARAI STATUS MERAH

“Red List Status” atau “Senarai Status Merah” yang dikeluarkan oleh IUCN adalah merupakan senarai bagi spesis yang terancam diseluruh dunia. Senarai ini telah berkembang menjadi sumber maklumat yang paling menyeluruh di dunia mengenai status pemuliharaan haiwan global, kulat dan juga spesis tumbuhan.

Senarai Status Merah IUCN adalah penunjuk kritikal bagi kesihatan biodiversiti di dunia. Bukan setakat senarai spesis dan status mereka, ia juga merupakan alat yang berkuasa untuk memaklumkan dan memangkinkan tindakan untuk pemuliharaan biodiversiti dan perubahan dasar yang penting bagi melindungi sumber semulajadi dalam kehidupan kita.

Ia memberikan maklumat mengenai jarak, saiz populasi, habitat & ekologi, penggunaan dan / atau perdagangan, ancaman dan tindakan pemuliharaan yang akan membantu memaklumkan keputusan pemuliharaan yang diperlukan.

STATUS GLOBAL SPESIS IKAN TENGAS

iucn status global ikan tengas

Senarai Status Merah IUCN ( T166479A6217872 )

• Hampir Terancam (Near Threatened : NT);
Tarikh dinilai: 09 Oktober 2009

KEADAAN POPULASI SEMASA

MENURUN

PEMECAHAN POPULASI / HABITAT

YA

KEMEROSOTAN INDUK DEWASA

YA

PUNCA ANCAMAN

Penggunaan Peralatan Terlarang

• Bom Ikan
• Renjatan Elektrik
• Tuba
• Racun

Pembangunan Kediaman & Komersil

• Kawasan perdagangan & perindustrian
• Kawasan pelancongan & rekreasi

Pertanian & Akuakultur

• Penanaman bukan kayu tahunan & perennial
• Perkebunan kayu & pulpa

Pengeluaran Tenaga & Perlombongan

• Perlombongan & kuari
• Koridor pengangkutan & perkhidmatan

Pembinaan Jalanraya & Landasan Keretapi

• Penggunaan sumber biologi
• Pembalakan & penuaian kayu

Pengubahsuaian Sistem Semulajadi

• Empangan & pengurusan / penggunaan air

Pencemaran

• Air buangan domestik & bandar
• Cecair perindustrian dan ketenteraan

DESKRIPSI ANCAMAN

Banyak maklumat boleh didapati mengenai penurunan populasi ini akibat daripada kehilangan kawasan habitat dan eksploitasi yang berlebihan. Kehilangan kawasan habitat spesis ini adalah berpunca oleh penyingkiran pasir & batu serta kemerosotan sistem pengudaraan yang disebabkan oleh penebangan hutan, pencemaran sungai atau pembinaan empangan yang merosakkan habitat dan mengganggu migrasi pembiakan.

Penyumbang lain kepada kemerosotan habitat ikan Tengas adalah akibat dari penggunaan peralatan penangkapan terlarang seperti penggunaan bom ikan, renjatan elektrik, tuba dan juga racun dimana didalam masa yang sama ianya merosakkan ekosistem sungai.

Disimpulkan bahawa populasi telah menurun sebanyak 50-60% disebabkan oleh lebih banyak eksploitasi terhadap spesies ini, dan kejadian ini tidak terhad kepada kawasan yang kecil sahaja.

RENCANA & ARTIKEL

Kami juga ada menyediakan beberapa rencana & artikel yang berkaitan dengan isu Ikan Tengas & juga ekosistem sungai. Sekiranya anda berminat, boleh mengikutinya melalui link dibawah.

INGIN TURUT SERTA

Bagi menjayakan kempen, program & aktiviti yang kami aturkan, pastinya penglibatan serta sokongan daripada masyarakat awam, pihak kerajaan, swasta serta NGO amatlah diperlukan. Gerak kerja yang lebih komprehensif menjadi keutamaan pihak Persatuan, penglibatan semua pihak bukan sahaja membantu memulihkan populasi Ikan Tengas, malah turut memulihkan ekosistem sungai yang umum ketahui amatlah penting bagi kehidupan kita semua.

SOKONGAN

Anda juga boleh menyatakan sokongan anda kepada setiap kempen, program & aktiviti kami dengan memberikan sumbangan seberapa amaun yang anda ikhlas. Setiap nama penyumbang akan kami masukkan kedalam page dan sumbangan melebihi RM 100 (Terkumpul Tahunan) akan menerima cenderamata daripada pihak kami.