
SKUAD TENGAS
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera kepada semua yang mengunjungi laman web rasmi Skuad Tengas…
Persatuan Ikan Tengas Malaysia kini telah membuka keahlian kepada orang ramai untuk turut serta secara lebih proaktif dalam pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan melalui SKUAD TENGAS.
Sebagai ahli SKUAD TENGAS, bukan sahaja anda berpeluang terlibat dalam usaha murni menyelamatkan alam sekitar, malah turut disediakan aktiviti-aktiviti luar (outdoor activities) menarik seperti memancing, menyelusuri hutan (jungle trekking), eksplorasi sungai, makan-makan dan banyak lagi!
MANFAAT SEBAGAI AHLI SKUAD TENGAS
Untuk mereka yang membayar RM80 yuran keahlian, selain daripada mendapatkan manfaat diatas, ahli juga akan memperolehi manfaat tambahan seperti :
KRITERIA PENYERTAAN
Nota :
1. Wang kutipan akan digunakan untuk pembiayaan sepenuhnya projek Xplorasi Sungai Larah
2. Borang pendaftaran untuk menjadi ahli akan dibuka mulai 15hb Januari 2020.
KEMPEN XPLORASI SUNGAI LARAH
Hasil daripada peninjauan pertama, pihak kami telah diperkenalkan dengan Ketua Kampung Air Hitam Batu Kurau iaitu Encik Zairul Nizal Zakaria dan pada 18hb November 2018 dan beliau telah membawa kami pergi membuat tinjauan di Sungai Larah, Kampung Air Hitam Batu Kurau Perak yang berada dibawah seliaan beliau.

Sungai Larah – Tinjauan Pertama 18hb November 2018
Pandangan kami tertumpu pada satu kawasan air terjun yang sesuai dijadikan tapak konsevansi Ikan Tengas, cuma keadaan air terjun tersebut telah menjadi cetek akibat ditimbus pasir kerana tersekat oleh kayu-kayu yang hanyut. Ada sebatang kayu balak sebesar 2 pemeluk melintangi sepanjang sungai tersebut dan menyebabkan kayu-kayu yang jatuh daripada kawasan hulu tersangkut di aliran tersebut.
KEADAAN TERKINI

Sungai Larah – Tinjauan Kedua 15hb Disember 2019
Setelah setahun meninjau keadaan sungai Larah, pihak persatuan telah mendapati keadaannya sudah semakin parah. Kami memandang serius mengenai situasi ini dan sekiranya perkara ini dibiarkan berlarutan, adalah tidak mustahil dimasa yang singkat Sungai Larah tidak lagi akan menjadi satu kawasan habitasi yang sesuai untuk perkembangan Ikan Tengas.
Ketahui lebih lanjut mengenai Kempen Xplorasi Sungai Larah
DAFTAR SEKARANG
Maka, SKUAD TENGAS adalah satu kumpulan yang lahir untuk melihat perubahan positif kepada alam sekitar, terutamanya spesis ikan tengas dan kebersihan sungai. Kami mahu berkerjasama dan memberi komitmen melalui aktiviti dan program yang boleh mengajak masyarakat bersama-sama berganding bahu memurnikan kembali sungai dan spesis ikan tengas kita.
Marilah turut serta bersama kami dalam usaha ini bersama SKUAD TENGAS. Daftar dengan mudah sebagai ahli sekarang.
RENCANA & ARTIKEL
Kami juga ada menyediakan beberapa rencana & artikel yang berkaitan dengan isu Ikan Tengas & juga ekosistem sungai. Sekiranya anda berminat, boleh mengikutinya melalui link dibawah.
PERTANYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan admin samaada melalui email, panggilan telefon ataupun aplikasi Whatsapp.