SAMPLING IKAN TENGAS

Pada 13hb Julai 2019 yang lepas, pihak persatuan telah mengadakan aktiviti “Sampling Ikan Tengas” buat pertama kali di Sungai Pertak. Sungai ini terletak di Kampung Orang Asli Pertak Kuala Kubu Bharu Selangor. Tujuan aktiviti sampling ini adalah meninjau keberadaan Ikan Tengas dan mengambil sampel-sampel ikan tengas yang berada dikawasan ini. Ikan-ikan Tengas yang ditangkap akan diukur, ditimbang kemudiannya dilepaskan semula.

Antara yang hadir pada hari ini adalah Presiden Persatuan Encik Mohd Fairuz Mohd Saari & Naib Presiden Encik Mohd Yaakub Harun. Turut bersama anggota biro-biro persatuan yang lain iaitu Saudara Najib Mohd Amin, Saudara Hafiz Khail, Saudara Mohd Fadli. Manakala saya sendiri selaku Setiausaha Persatuan sebagai jururekod untuk aktiviti sampling ini.

Sarapan pagi di Dataran KKB

Saudara Hafiz Khail & Saudara Najib Amin

Selepas bersarapan di Dataran Kuala Kubu, kami bergerak ke Kampung Orang Asli Pertak kira-kira jam 11.00 pagi. Keadaan dikawasan sungai padat dengan kereta-kereta para pendaki yang ke Bukit Kutu dan juga kumpulan keluarga yang berkelah disepanjang sungai.

Aktiviti menjala di sungai pertak
Ikan Tengas pertama ditangkap

Setelah mendapatkan tempat parkir dan menyiapkan kelengkapan, kira-kira jam 12 tengahari kami bergerak menyusur disepanjang sungai. Aktiviti menjala ini dan ianya dilakukan supaya ikan-ikan yang ditangkap tidak tercedera dan boleh dilepaskan semula.

SAMPLING IKAN TENGAS

Video tangkapan mula Ikan Tengas

Saudara Fairuz memberi penerangan mengenai langkah-langkah untuk sampling

Antara Ikan Tengas yang berjaya ditangkap, dikumpul terlebih dahulu

Timbangan pertama ikan tengas untuk sampling

Disepanjang sungai lebih kurang 500 meter, kami berjaya menangkap lebih kurang 9 ekor ikan tengas. Kesemua ikan yang ditangkap pada hari ini ditimbang serta diukur. Rekod yang dicatitkan :

Berat Ikan Tengas paling kecil : 11 gram

Saiz Ikan Tengas paling kecil : 4.0 inci

Berat Ikan Tengas paling besar : 45 gram

Saiz Ikan Tengas paling besar : 6.7 inci

Daripada pemerhatian kami, hasil daripada tangkapan Ikan Tengas dikawasan ini, rata – rata ikan yang ditangkap adalah bersaiz kecil. Dimana beratnya diantara belasan gram (11-19 gram) dan panjangnya disekitar 4.0 – 4.6 inci. Yang bersaiz medium adalah diantara 23 – 33 gram dengan saiz kepanjangan diantara 4.3 – 4.4 inci.

Rama-rama di Sungai Pertak

Sekitar jam 2 petang, setelah mandi manda dan menikmati durian serta rambutan, kami semua beransur pulang ke rumah masing-masing.


ANDA INGIN TURUT SERTA !?

Bagi menjayakan kempen, program & aktiviti yang kami aturkan, pastinya penglibatan serta sokongan daripada masyarakat awam, pihak kerajaan, swasta serta NGO amatlah diperlukan. Gerak kerja yang lebih komprehensif menjadi keutamaan pihak Persatuan. Penglibatan semua pihak bukan sahaja membantu memulihkan populasi Ikan Tengas, malah turut memulihkan ekosistem sungai yang umum ketahui amatlah penting bagi kehidupan kita semua.