Di lahirkan di Lenggong dan dibesarkan di Batu Kurau Perak.
Anak kelahiran kedua dari 5 adik beradik ini menceburi bidang kewangan sebaik sahaja tamat pengajian di universiti pada tahun 2005.
Pemegang ijazah dalam bidang pemasaran dan pernah berkhidmat di beberapa buah syarikat berkaitan pembiayaan kewangan Islam dan takaful.
Berpengalaman luas didalam bidang perancangan kewangan. Beliau telah berjaya menubuhkan agensi kewangan sendiri, iaitu Maya Plan Services pada tahun 2007.
Bermula daripada asas tersebut, beliau telah melangkah setapak lagi dalam bidang kewangan dengan menubuhkan syarikat Myplan Consulting Sdn Bhd untuk memantapkan lagi kedudukannya sebagai agensi bumiputera yang berwibawa didalam arus pasaran kewangan di Malaysia.
Dengan prinsip beliau, ikhlas dalam menolong orang dan suka berkongsi ilmu, beliau telah banyak membantu pelanggan mendapatkan pembiayaan Islamik dengan menawarkan produk-produk kewangan yang lebih dinamik sesuai dengan kehendak pasaran.
Untuk aktiviti komuniti, beliau memegang beberapa jawatan penting didalam organisasi NGO. Antaranya; beliau adalah Presiden Kelab Bolasepak Batu Kurau Perak, Pengerusi Persatuan Ikan Tengas Malaysia & Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Al-Tijari.
Beliau juga aktif didalam aktiviti seminar keusahawanan berkaitan kewangan, perniagaan, hartanah, pemasaran produk serta aktiviti-aktiviti komuniti setempat.