MISI & VISI

MISI & VISI PERTUBUHAN

MATLAMAT

Misi & Visi pertubuhan ini adalah untuk melaksanakan program-program pemuliharaan dan perlindungan habitat semulajadi spesies ikan tengas agar ianya tidak mengalami ancaman kepupusan berpunca daripada kerosakan ekosistem. Matlamat utama kami bertujuan untuk mengekalkan kelestarian alam semulajadi demi generasi masa hadapan.

MISI & VISI PERTUBUHAN

MISI

  • Menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat berkenaan kepentingan ikan tengas dan ekosistem sungai.
  • Menjalankan program pelepasan anak-anak ikan tengas di sungai-sungai terpilih diseluruh Malaysia.
  • Mengeluarkan kenyataan dan menyebarkan maklumat tentang isu-isu yang berkaitan dengan bidang profession ini.
  • Menjalankan kegiatan pemuliharaan habitat spesies ikan tengas untuk penstabilan ekosistem sungai-sungai yang terdapat diseluruh Malaysia.

VISI

  • Menyatupadukan individu-individu yang terlibat bidang profession yang sama.
  • Membuat dan menganjurkan kajian, kertas kerja, peninjauan dan penyelidikan atas aspek-aspek terbabit dengan bidang profession ini.

OBJEKTIF UTAMA

PELAN KONSERVASI & PENYELIDIKAN

Pelan Konservasi dan Penyelidikan adalah satu langkah intervensi untuk aktiviti pemuliharaan dan melindungi habitat Ikan Tengas di sungai – sungai yang terdapat di Malaysia. Pelan ini diadakan dengan menubuhkan satu tempat santuari ikan Tengas dimana ianya akan dijadikan sebagai medium penyelidikan untuk individu-individu serta organisasi yang terlibat didalam bidang profession yang sama diperingkat kebangsaan.

PROGRAM PENAJAAN AWAM & SUMBANGAN KORPORAT

Pelancaran Program Penajaan Awam & Sumbangan Korporat ini adalah bagi mengumpul dana untuk menjalankan kesemua program-program persatuan mengikut perancangan, seperti program pelepasan anak-anak ikan Tengas disungai-sungai yang terpilih di Malaysia.

PROGRAM KESEDARAN UNDANG-UNDANG

Melakukan pemasangan papan tanda mengenai undang-undang berhubung dengan penggunaan peralatan terlarang, sesuai dengan akta yang telah diperuntukkan oleh Jabatan Perikanan. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan ekosistem sungai.

PROGRAM KOMUNITI

Program ini bertujuaan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan menjaga habitat semulajadi ikan Tengas menerusi penubuhan galeri info diseluruh malaysia, dialog bersama komuniti setempat, program sukarelawan bersama pihak NGO serta mengadakan program-program seminar diperingkat tempatan dan juga antarabangsa.

PELAN PUBLISITI & PROMOSI

Publisiti kepada orang ramai akan ditingkatkan dengan memperbanyakkan penerbitan video, poster dan infografik untuk hebahan di media sosial dan media massa. Penerbitan artikel mengenai ikan Tengas juga dilakukan bagi pengetahuan umum di dalam majalah dan surat khabar tempatan.


RENCANA & ARTIKEL

Kami juga ada menyediakan beberapa rencana & artikel yang berkaitan dengan isu Ikan Tengas & juga ekosistem sungai. Sekiranya anda berminat, boleh mengikutinya melalui link dibawah.


INGIN TURUT SERTA

Bagi menjayakan kempen, program & aktiviti yang kami aturkan, pastinya penglibatan serta sokongan daripada masyarakat awam, pihak kerajaan, swasta serta NGO amatlah diperlukan. Gerak kerja yang lebih komprehensif menjadi keutamaan pihak Persatuan, penglibatan semua pihak bukan sahaja membantu memulihkan populasi Ikan Tengas, malah turut memulihkan ekosistem sungai yang umum ketahui amatlah penting bagi kehidupan kita semua.


SOKONGAN

Anda juga boleh menyatakan sokongan anda kepada setiap kempen, program & aktiviti kami dengan memberikan sumbangan seberapa amaun yang anda ikhlas. Setiap nama penyumbang akan kami masukkan kedalam page dan sumbangan melebihi RM 100 (Terkumpul Tahunan) akan menerima cenderamata daripada pihak kami.