Kempen Kesedaran adalah satu kempen yang di jalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peralatan menangkap ikan yang dilarang, dimana efek daripada peralatan tersebut akan menyebabkan kemusnahan spesies ikan secara besar-besaran sekaligus ianya turut menjejaskan ekosistem sungai serta memutuskan punca rezeki penduduk kampung, khususnya nelayan darat yang mencari pendapatan menerusi hasil daripada sungai.
KEMPEN KESEDARAN

Ikan Tengas ini telah diracun. Keadaan ini dapat diperhatikan pada kulit yang berwarna biru, kesan daripada racun yang digunakan
Kita selalu mendengar kisah-kisah ikan yang mati hampir sepanjang 1 kilometer disepanjang sungai, dari sekecil-kecil anak ikan sehinggalah yang dewasa yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan bom, racun, tuba atau renjatan elektrik. Mereka ini bersikap rakus dan tamak sanggup berbuat sebegini demi untuk mengaut keuntungan yang tidak seberapa.

Ikan yang ditangkap dengan menggunakan racun atau tuba biasanya dalam keadaan yang banyak.

Lambakan ikan yang diracun dijual kepada orang ramai tanpa mereka mengetahuinya.
MATLAMAT KEMPEN
Sehubungan dengan itu, Kempen Kesedaran ini dijalankan bagi membuka mata dikalangan masyarakat tentang keburukan penggunaan “peralatan penangkapan terlarang” dan sekaligus dapat mencegah mereka merosakkan ekosistem sungai seperti peralatan-peralatan dibawah ini :

Bom Ikan, Penggunaan Tuba, Renjatan Elektrik & Penggunaan Racun.
1. PERANCANGAN
Pihak persatuan akan memasang papan-papan tanda kempen larangan penggunaan peralatan yang dilarang dibeberapa sungai-sungai yang berpotensi untuk menjadi “tempat selamat” bagi ikan-ikan sungai terutamanya ikan Tengas boleh membiak dengan lebih baik selain daripada menyelamatkan ekosistem sungai itu sendiri.
2. KOLABRASI
Pihak persatuan juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri seperti Jabatan Perikanan Negeri, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Jabatan perhutanan Negeri dan juga Kerajaan Negeri bagi menjayakan matlamat kempen ini.
3. PENGEZONAN KAWASAN
Didalam kempen ini, disetiap kawasan yang dipilih untuk dipasang papan tanda kesedaran, akan terdapat kawasan kempen yang dibahagikan kepada 2 warna, mengikut spesifikasi berikut :
ZON MERAH merupakan kawasan larangan memancing atau menangkap ikan. Kawasan ini adalah direservasi untuk pihak persatuan, jabatan kerajaan dan universiti untuk menjalankan kajian pemuliharaan sumber ikan Tengas secara sepenuhnya.
ZON HIJAU merupakan kawasan yang dibawah pengawasan pihak persatuan dan jabatan/organisasi yang terbabit, dan semua individu dibenarkan untuk menangkap ikan secara menjaring/memukat, bubu/sangkar ataupun menggunakan pancing.
RENCANA & ARTIKEL
Kami juga ada menyediakan beberapa rencana & artikel yang berkaitan dengan isu Ikan Tengas & juga ekosistem sungai. Sekiranya anda berminat, boleh mengikutinya melalui link dibawah.
INGIN TURUT SERTA
Bagi menjayakan kempen, program & aktiviti yang kami aturkan, pastinya penglibatan serta sokongan daripada masyarakat awam, pihak kerajaan, swasta serta NGO amatlah diperlukan. Gerak kerja yang lebih komprehensif menjadi keutamaan pihak Persatuan. Penglibatan semua pihak bukan sahaja membantu memulihkan populasi Ikan Tengas, malah turut memulihkan ekosistem sungai yang umum ketahui amatlah penting bagi kehidupan kita semua.
SOKONGAN
Anda juga boleh menyatakan sokongan anda kepada setiap kempen, program & aktiviti kami dengan memberikan sumbangan seberapa amaun yang anda ikhlas.
Setiap nama penyumbang akan kami masukkan kedalam page dan sumbangan melebihi RM 100 (Terkumpul Tahunan) akan menerima cenderamata daripada pihak kami.