Saya mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada ahli-ahli berdaftar, Syarikat Korporat serta Agensi Kerajaan yang turut sama menyokong Persatuan Ikan Tengas Malaysia dalam memastikan Ikan Tengas tidak mengalami ancaman kepupusan akibat daripada aktiviti penggunaan peralatan terlarang seperti bom, tuba, renjatan elektrik dan racun terhadap sungai kita.
Aktiviti haram yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan beberapa spesis Ikan Tengas di Malaysia semakin pupus antaranya daripada spesis Nelissochilus Hexagonolepis.
Ayuh kita semua bersama-sama bergandingan tenaga & usaha memelihara khazanah alam iaitu Ikan Tengas yang ada di bumi yang bertuah ini agar generasi akan datang masih dapat mengenali, mempelajari dan menghormati khazanah alam yang berharga.