
KARNIVAL LEMBAH TENGAS 2020
Karnival Lembah Tengas 2020 merupakan program komuniti anjuran bersama Persatuan Ikan Tengas Malaysia dan MPKK Kampung Air Hitam dengan kerjasama Chalet Latip De’ Air Hitam sempena perasmian PUSAT INFORMASI LEMBAH TENGAS di daerah Batu Kurau Perak pada hari Sabtu 11hb April 2020.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran dikalangan masyarakat terutamanya generasi muda mengenai kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan Ikan Tengas yang semakin dilanda kepupusan.
Penganjuran karnival sehari ini akan mengadakan Pertandingan Fotografi Alam dan aktiviti kemuncak adalah acara Pelepasan Anak-Anak Ikan Tengas ke Sungai Air Hitam oleh semua peserta.
Bagi mereka yang berada diluar kawasan, kami juga menyediakan tapak perkhemahan yang dilengkapi dengan kemudahan tandas awam dan kawalan keselamatan oleh pihak RELA.
Menyedari kepentingan program ini kepada masyarakat, pihak kami mempelawa dan membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja program Karnival Lembah Tengas 2020 secara orang perseorangan dengan mendaftarkan diri sebagai peserta.
KARNIVAL LEMBAH TENGAS 2020
Keterangan program ini adalah seperti dibawah ini.

KETERANGAN PROGRAM
TARIKH & MASA
Sabtu, 11hb April 2020
8.00 pagi – 12.00 tengahari
NO. TELEFON URUSETIA
012-5151486
TEMPAT
Chalet Latip
Kampung Air Hitam
Batu Kurau, Perak
EMAIL RASMI
mytengas@gmail.com
PENGANJUR UTAMA
Persatuan Ikan Tengas Malaysia
LAMAN WEB PROGRAM
PENYERTAAN
SYARAT
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun keatas
YURAN PENYERTAAN
RM 50 untuk setiap seorang
RM 40 untuk Ahli Skuad Tengas
NOTA :
1. Pendaftaran terhad hanya kepada 250 penyertaan sahaja.
2. Pendaftaran akan ditutup pada 1hb April 2020 atau sebaik sahaja kuota sudah mencukupi.
SIAPA YANG PATUT MENYERTAI KARNIVAL INI ?

Gambaran sebenar Sungai Air Hitam

PESERTA YANG MEMBAYAR RM 50 AKAN MENDAPAT BENEFIT BERIKUT :
TAPAK ACARA
Acara ini akan diadakan di Chalet Latip D’ Ayer Itam yang bertempat di Kampung Air Hitam Batu Kurau Perak. Tempat ini merupakan tapak utama untuk program pelepasan anak-anak Ikan Tengas. Selain daripada itu disini juga merupakan Galeri Ikan Tengas, Kolam Transit dan juga Pusat Informasi Lembah Tengas.
ACARA UTAMA

Bagi mereka yang minat mengambil gambar, kami juga mengadakan Pertandingan Fotografi yang berkonsepkan “Alam”. Lokasinya berhampiran tapak acara. Anda bebas memilih samaada untuk menggunakan kamera telefon bimbit, camera digital, dslr ataupun gopro. Para pemenang akan dipilih oleh juri professional mengikut kategori masing-masing.

Wang Tunai RM 1000 & Sijil

Wang Tunai RM 700 & Sijil

Wang Tunai RM 500 & Sijil
AIR TERJUN PERANGIN LALANG

ACARA KEMUNCAK
KAEDAH PEMBAYARAN
KLIK BUTTON DIBAWAH UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN MENGIKUT KESESUAIAN ANDA
NAMA & NO AKAUN BANK
YURAN PENYERTAAN
RM 50.00
NO AKAUN
5643 9712 4697
NAMA BANK
Maybank
NAMA PENERIMA
Persatuan Ikan Tengas Malaysia
ATURCARA MAJLIS
8.00 pagi – 9.00 pagi | Pendaftaran Peserta |
9.00 pagi – 9.30 pagi | Ucapan Pengerusi & Jemputan |
9.30 pagi – 11.30 pagi | Pertandingan Fotografi Alam Bermula |
11.30 Pagi | Aktiviti Tamat/Pengumpulan Peserta |
12.00 – 12.30 Tengahari | Upacara Pelepasan Anak Ikan Tengas |
12.30 Tengahari | Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah |
1.00 Petang | Jamuan makan tengahari berupa “Buffet Masakan Kampung” |