KARNIVAL LEMBAH TENGAS 2023

Karnival Lembah Tengas 2023 merupakan sebuah program komuniti anjuran bersama Persatuan Ikan Tengas Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Perak bersempena dengan perasmian PUSAT INFORMASI LEMBAH TENGAS di daerah Batu Kurau Perak pada hari Sabtu 21hb Januari 2023.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memupuk kesedaran dikalangan masyarakat terutamanya generasi muda mengenai kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan Ikan Air Tawar terutamanya Ikan Tengas yang semakin dilanda kepupusan.

Penganjuran karnival sehari ini akan bertempat di Chalet Latip De’ Air Hitam Alam dan aktiviti kemuncak adalah acara Pelepasan Anak-Anak Ikan Tengas ke Sungai Air Hitam oleh semua peserta.
Pada hari tersebut akan diadakan Pameran Ikan Air Tawar, Penerangan Program Pembenihan Aruhan Ikan Tengas, Jualan Cenderamata Khas dan juga disertakan Buffet Masakan Kampung untuk semua peserta yang hadir.

Bagi mereka yang berada diluar kawasan, penganjur akan menyediakan sewaan chalet dengan harga diskaun dan juga tapak perkhemahan yang dilengkapi dengan kemudahan tandas awam dan kawalan keselamatan oleh pihak RELA.

Menyedari kepentingan program ini kepada masyarakat, pihak kami mempelawa dan membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama menaja program Karnival Lembah Tengas 2023 secara orang perseorangan dengan mendaftarkan diri sebagai peserta.

KARNIVAL LEMBAH TENGAS 2023

Keterangan program ini adalah seperti dibawah ini.

KETERANGAN PROGRAM

TARIKH & MASA

Sabtu, 21hb Januari 2023

8.00 pagi – 12.00 tengahari

NO. TELEFON URUSETIA

012-5151486

TEMPAT

Chalet Latip
Kampung Air Hitam

Batu Kurau, Perak

EMAIL RASMI

info@ikantengas.org

PENGANJUR UTAMA

Persatuan Ikan Tengas Malaysia

PENYERTAAN

SYARAT

Warganegara Malaysia

Berumur 18 tahun keatas

YURAN PENYERTAAN

RM 50 untuk setiap seorang

RM 40 untuk Ahli Skuad Tengas

NOTA :
1. Pendaftaran terhad hanya kepada 200 penyertaan sahaja.
2. Pendaftaran akan ditutup pada 31hb Disember 2022 atau sebaik sahaja kuota sudah mencukupi.

SIAPA YANG PATUT MENYERTAI KARNIVAL INI ?

sungai air hitam batu kurau perak

Gambaran sebenar Sungai Air Hitam

  • Mereka yang ingin merasai kedamaian sungai
  • Mereka yang menyukai ikan-ikan sungai
  • Mereka yang gemar melihat keindahan hutan
  • Individu yang berminat dengan aktiviti kemasyarakatan
  • Individu yang menyokong kempen pemeliharaan alam semulajadi

PARA PESERTA AKAN MENDAPAT BENEFIT SEPERTI BERIKUT :

  • T-shirt Rasmi Karnival
  • Diskaun penginapan di Chalet Latip D’ Ayer Itam
  • Tapak perkhemahan Percuma disediakan
  • Acara Sukaneka Berkumpulan (Hadiah Disediakan)
  • Sarapan Pagi disediakan
  • Makan tengahari berupa “Buffet Masakan Kampung”
  • Peket anak Ikan Tengas untuk acara pelepasan

TAPAK ACARA

Acara ini akan diadakan di Chalet Latip D’ Ayer Itam yang bertempat di Kampung Air Hitam Batu Kurau Perak. Tempat ini merupakan tapak utama untuk program pelepasan anak-anak Ikan Tengas. Selain daripada itu disini juga merupakan Galeri Ikan Tengas, Kolam Transit dan juga Pusat Informasi Lembah Tengas.

Bilik Type Deluxe & Super Deluxe

Chalet Type A

AIR TERJUN PERANGIN LALANG

air terjun perangin lalang

ACARA KEMUNCAK

  • Peserta akan dijamu makan tengahari dengan Buffet Masakan Kampung (Ikan Bakar, Ikan Tengas Masak Lemak, Sambal Petai, Ulam-ulam beserta Sambal Kelapa & Ikan Masin)
  • Kesemua peserta juga akan dibekalkan anak-anak Ikan Tengas untuk acara pelepasan di PUSAT INFORMASI LEMBAH TENGAS sebagai simbolik tanda perasmian.
  • Acara sukaneka berkumpulan yang menyediakan hadiah kepada para pemenang.
  • Cabutan Nombor Bertuah berupa hadiah Hamper Makanan untuk semua peserta berdaftar.

KAEDAH PEMBAYARAN

KLIK BUTTON DIBAWAH UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN MENGIKUT KESESUAIAN ANDA

atm cdm karnival lembah tengas

MESIN ATM/CDM

online transfer karnival lembah tengas

PINDAHAN WANG SECARA ATAS TALIAN

interbank transfer karnival lembah tengas

PINDAHAN WANG MELALUI INTERBANK GIRO

online fpx payment karnival lembah tengas

PEMBAYARAN ONLINE PFX

NAMA & NO AKAUN BANK

YURAN PENYERTAAN
RM 50.00

NO AKAUN
5643 9712 4697

NAMA BANK
Maybank

NAMA PENERIMA
Persatuan Ikan Tengas Malaysia

ATURCARA MAJLIS

8.00 pagi – 9.00 pagiPendaftaran Peserta
9.30 pagi – 10.30 pagiUcapan Perasmian & Jamuan Sarapan Pagi
10.30 pagiUpacara Pelepasan Anak Ikan Tengas
11.00 Pagi – 12.30 TengahariAcara Sukaneka Berkumpulan
12.30 TengahariPenyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah
1.00 PetangJamuan makan tengahari berupa “Buffet Masakan Kampung”

PETA LOKASI