
FAKTA IKAN TENGAS
Didalam artikel “Fakta Ikan Tengas” ini mengandungi maklumat-maklumat yang lebih terperinci mengenai keberadaan Ikan Tengas di Malaysia. Selain daripada itu, terdapat juga link mengenai spesis Ikan Tengas di serata negara Asia yang lain.
Ikan Tengas : Juga dikenali sebagai Ikan Kejor & orang cina menggelarkannya dengan panggilan Kelah Hijau.
Bahasa Inggeris : Copper Mahseer / Chocolate Mahseer
Nama Saintifik : Neolissochilus Hexagonolepis (McClelland, 1839), dahulunya Acrossocheilus Hexagonolepis.
Mahseer adalah nama umum yang digunakan untuk genus Tor, Neolissochilus dan Naziritor dalam keluarga Cyprinidae (Kap)
KLASIFIKASI
Actinopterygii > Cypriniformes > Cyprinidae (Minnows atau Kap) > Neolissochilus > N. hexagonolepis
PERSEKITARAN ; JULAT LINGKUNGAN / ZON IKLIM
Air tawar ; benthopelagic; potamodromous / Tropika
( BENTHOPELAGIC; POTAMODROMOUS ) = Ikan yang bertubuh kekar ; Ikan air tawar yang bermigrasi
ETIMOLOGI
Berasal daripada bahasa Greek : NEOLISSOCHILUS adalah nama yang terbentuk daripada maksud :
Neos = Baru, Lisso = Licin & Cheilos = Bibir
TAKSONOMI & MORFOLOGI
Neolissochilus adalah genus ikan dalam keluarga Cyprinidae yang berasal dari habitat air tawar di Asia yang sering dikelompokkan dengan mahseers. Panjangnya paling maksimum adalah sehingga 1.2 meter (3.9 kaki), tetapi kebanyakan spesies jauh lebih kecil. Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya.
Terdapat 28 SPESIS yang diiktiraf dalam genus ini dan setakat ini hanya 2 spesies ikan tengas yang utama di Malaysia iaitu :
NOTA
- Neolissochilus hexagonolepis sebenarnya tidak pernah ditemui di Malaysia. Ianya terjadi akibat salah faham mengenai definasi sub spesis hinggalah penyelidikan semula dilakukan.
- Ikan daun (Poropuntius smedleyi) juga mirip dengan ikan tengas tetapi berlainan genus dari Neolissochilus sp.
Lihat senarai 28 spesies Neolissochilus yang lain
SIFAT IKAN TENGAS
Berbadan bulat dengan seluruh badan diselimuti sisik putih perak berkilauan. Mempunyai sepasang mata bulat & jernih. Ia suka bergerak aktif, mundar mandir ke sana kemari tidak suka menyepi diri sebagaimana ikan ketutu (Oxyleotris marmoratus). Bentuk kepalanya lebih besar dan lebar daripada kelah. Bawah dagunya tidak terdapat lekok (seakan lesung pipit) sebagaimana ikan kelah. Boleh dikelaskan sebagai ikan demersal. Banyak menghabiskan masa di dasar sungai berpasir.

HABITAT DAN EKOLOGI
Definasi bagi habitat utama ikan-ikan dari genus ini adalah di Tanah Lembap (Wetlands) → sungai, anak sungai, jeram [termasuk air terjun] dengan air yang mengalir deras dan jernih, kebanyakannya di sungai yang berkecerunan tinggi dan rendah dan ianya juga boleh membiak di kolam dengan air yang mengalir.
TABURAN HABITAT
Asia : Pelbagai jenis ikan ini berasal dari Vietnam di timur dan China di utara, melalui Myanmar, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Indonesia, dan di Asia selatan termasuk Semenanjung India, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Bhutan dan Nepal.
GLOSARI BIOLOGI
Ikan ini membesar di sungai berjeram dan sungai yang berbatu yang mengalir dengan deras, terutamanya di tengah-tengah sungai. Ia bersifat Omnivorous dan secara amnya, seperti genus kap yang lain, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan serangga-serangga kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar. Ikan dewasa biasanya makan filamen alga hijau, larva chironomid, krustasea dan kumbang air bahkan juga buah-buahan yang jatuh dari atas pokok.
Mereka berhijrah ke hulu semasa musim pembiakan di mana kebanyakan spesies dipercayai naik ke aliran deras dengan dasar berbatu untuk pembenihan. Pembenihan biasanya berlaku dari bulan April hingga Oktober dengan puncak pada bulan Ogos hingga September.
Ikan tengas jantan mencapai kematangan pada saiz 9 cm dan ianya mampu membesar sehingga 120 cm (3.937 kaki) dan berat mencapai 11kg (24.3 paun). Capaian terbesar hingga 1.2 m (3.9 kaki) panjang, tetapi kebanyakan spesies jauh lebih kecil.
SEJARAH
Spesis pertama dari kumpulan ini telah diterangkan secara saintifik oleh Francis Buchanan-Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut sebagai cabaran pemancing oleh Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, tidak lama kemudian ianya menjadi kegemaran pemancing Inggeris yang tinggal di India.
PERANAN IKAN
Ikan merupakan salah satu hidupan akuatik yang sangat sensitif terhadap perubahan di dalam kualiti air. Maka, tindakbalas ikan terhadap perubahan kualiti ekosistem boleh digunakan sebagai penunjuk biologi bagi kualiti alam sekitar (Vijaylaxmi et al. -2010) dan digunakan untuk mengukur kualiti ekosistem sungai.
Ikan akan memberikan tindak balas jika terdapat gangguan alam sekitar pada ekosistemnya (Plafkin et al. -1989) membuktikan bahawa terdapat banyak kelebihan menggunakan ikan sebagai penunjuk biologi. Ini adalah kerana ikan mudah dikenalpasti dan mempunyai nilai ekonomi yang tersendiri.

KEADAAN POPULASI SEMASA
MENURUN
PEMECAHAN POPULASI / HABITAT
YA
KEMEROSOTAN INDUK DEWASA
YA
FAKTA IKAN TENGAS
PUNCA ANCAMAN
Penggunaan Peralatan Terlarang
Pembangunan Kediaman & Komersil
Pertanian & Akuakultur
Pengeluaran Tenaga & Perlombongan
Pembinaan Jalanraya & Landasan Keretapi
Pengubahsuaian Sistem Semulajadi
Pencemaran
DESKRIPSI ANCAMAN
Banyak maklumat boleh didapati mengenai penurunan populasi ini akibat daripada kehilangan kawasan habitat dan eksploitasi yang berlebihan. Kehilangan kawasan habitat spesis ini adalah berpunca oleh penyingkiran pasir & batu serta kemerosotan sistem pengudaraan yang disebabkan oleh penebangan hutan, pencemaran sungai atau pembinaan empangan yang merosakkan habitat dan mengganggu migrasi pembiakan.
Penyumbang lain kepada kemerosotan habitat ikan Tengas adalah akibat dari penggunaan peralatan penangkapan terlarang seperti penggunaan bom ikan, renjatan elektrik, tuba dan juga racun dimana didalam masa yang sama ianya merosakkan ekosistem sungai.
Disimpulkan bahawa populasi telah menurun sebanyak 50-60% disebabkan oleh lebih banyak eksploitasi terhadap spesies ini, dan kejadian ini tidak terhad kepada kawasan yang kecil sahaja.
Artikel “Fakta Ikan Tengas” ini dikeluarkan bagi peminat-peminat Ikan Tengas yang ingin mencari maklumat daripada kepelbagaian sudut. Kami akan sentiasa menambah info/maklumat terbaru di sini sekiranya didapati daripada sumber-sumber yang diyakini.