Xplorasi Sungai – Peninjauan Lokasi

sungai bubu batu kurau

Kempen XPLORASI SUNGAI ini di jalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemuliharaan sungai agar ia menjadi habitat yang sesuai untuk pelepasan anak-anak Ikan Tengas. Peninjauan Lokasi ini di adakan untuk memilih sungai yang sesuai bagi menjadikannya sebagai satu tapak habitasi yang sesuai bagi pemulihan semula spesies Ikan Tengas.

XPLORASI SUNGAI

Dapatan kajian daripada IUCN menunjukkan spesies ikan tengas di Malaysia kini menghadapi ancaman kepupusan. Daerah Larut merupakan salah satu kawasan dimana terdapat banyak Ikan Tengas membiak. Bertitik tolak daripada maklumat tersebut, pihak persatuan bercadang mengadakan beberapa siri peninjauan tapak dikawasan sekitar Batu Kurau, Perak.

PENINJAUAN SIRI PERTAMA

Bagi memastikan program kempen ini berjalan lancar, kawasan sungai yang dipilih mestilah bersih dan bersesuaian dengan keadaan sekeliling tapak tersebut. Sungai yang dipilih ini, selain dijadikan sebagai tapak pelepasan anak-anak ikan Tengas bagi pemulihan semula habitat, ianya juga akan dijadikan tapak penyelidikan, pemantauan dan pemerhatian bagi pembesaran spesies ikan Tengas dikalangan profesional perikanan.

PENINJAUAN DI SUNGAI BUBU

xplorasi sungai peninjauan lokasi sungai bubu batu kurau

Siri pertama peninjauan lokasi untuk kempen Xplorasi Sungai telah diadakan pada 20hb Oktober 2018 dimana saya bersama Saudara Mohd Fairuz, Saudara Yaakub Harun & Saudara Hasanul Amir telah melawat kawasan sekitar Sungai Bubu & Lata Telaga Tujuh.

xplorasi sungai peninjauan lokasi sungai bubu batu kurau

Perjalanan pertama kami adalah menuju ke Sungai Bubu. Menurut Saudara Yaakub Harun, kawasan sungai ini dahulunya terdapat banyak ikan Tengas yang bersaiz besar. Hasil daripada pemerhatian kami, didapati kawasan disekitar sungai ini adalah kawasan padang ragut & pusat penternakan lembu serta kerbau.

PENINJAUAN DI LATA TELAGA TUJUH

Setelah berhenti untuk makan tengahari, sekitar jam 3 petang kami berjumpa dengan Cikgu Fakarudin pula. Beliau telah membawa kami meninjau disekitar tanah beliau yang berada di kawasan Repoh, atau lebih tepatnya di Lata Telaga Tujuh. Ketibaan kami di Lata Telaga Tujuh disambut dengan hujan lebat.

xplorasi sungai peninjauan lokasi lata telaga tujuh repoh batu kurau
xplorasi sungai peninjauan lokasi telaga tujuh repoh batu kurau

Setelah hampir 2 jam kami meneliti kawasan disini, kami semua berangkat turun kerana keadaan jalan denai yang licin serta air sungai yang deras tidak memungkinkan kami untuk bergerak ke kawasan yang lebih atas.

peninjauan lata telaga tujuh
Dari kiri Yaakub Harun, Cikgu Fakarudin dan rakannya, Dzul & Hasanul Amir. Fotographer Fairuz

Kami berbincang semula mengenai kawasan Telaga Tujuh di gerai berdekatan. Sekitar kawasan ini adalah merupakan kebun durian dan kawasan Lata Telaga Tujuh juga merupakan tempat perkelahan bagi masyarakat sekitar. Hasil daripada rumusan kami, kedua-dua kawasan sungai tersebut masih perlu diteroka/dinilai dengan lebih jauh dimasa akan datang untuk mencari tempat yang benar-benar bersesuaian serta mempunyai potensi yang lebih baik untuk diselenggara sebagai tempat habitasi Ikan Tengas.

Ikuti kisah kami selanjutnya dalam Peninjauan Siri Kedua di Sungai Larah Kampung Air Hitam

Rencana ini ditulis oleh Dzul Irham pada Januari 2019 dan dikemaskini semula pada Januari 2020