
STATUS MERAH IKAN TENGAS
Jika diperkatakan mengenai status global Ikan Tengas, ianya agak mengejutkan kerana Ikan Tengas juga tersenarai didalam Status Merah IUCN. “Red List Status” atau “Senarai Status Merah” ini dikeluarkan oleh IUCN ini adalah merupakan senarai bagi spesis yang terancam diseluruh dunia. Senarai ini telah berkembang menjadi sumber maklumat yang paling menyeluruh di dunia. Status ini adalah mengenai status pemuliharaan haiwan global, kulat dan juga spesis tumbuhan.
STATUS MERAH IKAN TENGAS
Senarai Status Merah IUCN adalah penunjuk kritikal bagi kesihatan biodiversiti di dunia. Bukan setakat senarai spesis dan status mereka, ia juga merupakan alat yang berkuasa untuk memaklumkan dan memangkinkan tindakan untuk pemuliharaan biodiversiti dan perubahan dasar yang penting bagi melindungi sumber semulajadi dalam kehidupan kita.
Ia memberikan maklumat mengenai jarak, saiz populasi, habitat & ekologi, penggunaan dan / atau perdagangan, ancaman dan tindakan pemuliharaan yang akan membantu memaklumkan keputusan pemuliharaan yang diperlukan.
Baca artikel penuh mengenai status global Ikan Tengas disini…
RENCANA & ARTIKEL
Kami juga ada menyediakan beberapa rencana & artikel yang berkaitan dengan isu Ikan Tengas & juga ekosistem sungai. Sekiranya anda berminat, boleh mengikutinya melalui link dibawah.
SOKONGAN ANDA
Bagi menjayakan kempen, program & aktiviti yang kami aturkan, pastinya penglibatan serta sokongan daripada masyarakat awam, pihak kerajaan, swasta serta NGO amatlah diperlukan. Gerak kerja yang lebih komprehensif menjadi keutamaan pihak Persatuan. Penglibatan semua pihak bukan sahaja membantu memulihkan populasi Ikan Tengas, malah turut memulihkan ekosistem sungai yang umum ketahui amatlah penting bagi kehidupan kita semua.
SUMBANGAN AWAM
Anda juga boleh menyatakan sokongan anda kepada setiap kempen, program & aktiviti kami dengan memberikan sumbangan seberapa amaun yang anda ikhlas. Setiap nama penyumbang akan kami masukkan kedalam page dan sumbangan melebihi RM 100 (Terkumpul Tahunan) akan menerima cenderamata daripada pihak kami.