KARNIVAL LEMBAH TENGAS

Karnival Lembah Tengas bakal berlansung pada APRIL 2020. Penyertaan Terhad. Daftar sekarang. Ada hadiah untuk penyertaan aktiviti. Klik link untuk maklumat lanjut.

DAFTAR SEKARANG

PENGENALAN IKAN TENGAS

Ikan Tengas juga merupakan spesis Mahseer, satu jaringan dengan Ikan Kelah. Ketahui lebih lanjut mengenai Ikan Tengas...

BACA LAGI

KEMPEN KESEDARAN

Kempen ini dijalankan untuk mencegah penggunaan peralatan menangkap ikan yang dilarang seperti bom, tuba, renjatan elektrik & racun.

BACA LAGI

XPLORASI SUNGAI

Kempen ini merupakan satu kempen pemulihan semula sungai-sungai yang tercemar atau mengalami kerosakan habitat bagi Ikan Tengas

BACA LAGI

SAMPLING TENGAS SUNGAI PERTAK

Tujuan aktiviti pada hari ini adalah meninjau keberadaan Ikan Tengas dan mengambil sampel-sampel Ikan Tengas yang berada dikawasan ini untuk diukur, ditimbang kemudiannya dilepaskan semula.

BACA LAGI

Persatuan Ikan Tengas Malaysia

Kami adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kegiatan pemuliharaan habitat spesies ikan tengas untuk penstabilan ekosistem sungai-sungai yang terdapat diseluruh Malaysia. Misi-misi kami akan dilaksanakan melalui program dan kempen kesedaran kepada masyarakat berkenaan kepentingan ikan tengas dan ekosistem sungai. Pertamanya akan dilaksanakan dengan menjalankan program pemulihan di beberapa sungai terpilih diseluruh Malaysia serta didalam masa yang sama, menyebarkan maklumat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan bidang profession ini melalui media sosial, media massa dan secara lansung kepada masyarakat.

Kempen Utama

XPLORASI TENGAS

Kempen XPLORASI TENGAS ini dijalankan untuk memberi tumpuan kepada projek

XPLORASI SUNGAI

Kempen “Xplorasi Sungai” adalah sebuah program yang dirangka untuk memelihara

Kata Pengantar Presiden

Kempen Perlindungan Habitat Spesies Ikan Tengas

Saya mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada ahli-ahli berdaftar, Syarikat Korporat serta Agensi Kerajaan yang turut sama menyokong Persatuan Ikan Tengas Malaysia dalam memastikan Ikan Tengas tidak mengalami ancaman kepupusan akibat daripada aktiviti penggunaan peralatan terlarang seperti bom, tuba, renjatan elektrik dan racun terhadap sungai kita. Aktiviti haram yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan beberapa spesis Ikan Tengas di Malaysia semakin pupus antaranya daripada spesis Nelissochilus Hexagonolepis. Ayuh kita semua bersama-sama bergandingan tenaga & usaha memelihara khazanah alam iaitu Ikan Tengas yang ada di bumi yang bertuah ini agar generasi akan datang masih dapat mengenali, mempelajari dan menghormati khazanah alam yang berharga.

MOHD FAIRUZ MOHD SAARI